Tuesday, February 21, 2012

9 Jenis peluru Berpandu

9 Jenis Peluru Berpandu
Peluru berpandu adalah senjata roket peperangan yang biasa dikendalikan oleh sistem kawalan automatik untuk mencari sasaran musuh. Berikut 9 jenis peluru berpandu yang pernah dicipta manusia.

1. Peluru Berpandu Balistik
Peluru Berpandu Balistik
Peluru berpandu balistik adalah peluru berpandu yang memakai lintasan trayektori yang ditentukan oleh balistik dalam sistem pelancarannya. Peluru berpandu ini hanya dikendalikan semasa pelancaran sahaja. Peluru berpandu jenis ini yang pertama adalah roket V-2 yang dibangunkan oleh Nazi Jerman pada 1930-an dan 1940-an atas arahan daripada Walter Dornberger.

2. Peluru Berpandu Jelajah
Peluru Berpandu Jelajah
Peluru berpandu jelajah adalah peluru berpandu yang mempunyai sayap dan menggunakan jet sebagai tenaga penggerak. Didalamnya terdapat bom. Peluru berpandu ini direka untuk membawa bom atau nuklear dalam kuantiti yang banyak dan boleh menjangkau beratus-ratus batu dengan ketepatan jitu. Peluru berpandu jelajah moden boleh terbang mencapai kelajuan supersonik dengan menggunakan sistem kawalan automatik dan terbang pada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar.

3. Peluru Berpandu Anti-Kapal
Peluru Berpandu Anti-Kapal
Peluru berpandu anti-kapal berfungsi untuk menghancurkan kapal ketika peperangan di laut. Kebanyakan peluru berpandu anti-kapal menggunakan sistem pemandu dan mempunyai radar aktif. Pernah digunakan dalam Perang Dunia II.

4. Peluru Berpandu Darat Ke Udara
Peluru Berpandu Darat Ke Udara
Peluru berpandu darat ke udara adalah peluru berpandu yang dilancarkan dari darat untuk menghancurkan pesawat di udara. Istilah terkenal untuk peluru jenis ini adalah SAM yang merupakan singkatan dari Bahasa Inggeris iaitu suface-to-air missile.

5. Peluru Berpandu Udara Ke Udara
Peluru Berpandu Udara Ke Udara
Peluru berpandu udara ke udara adalah peluru berpandu yang dipasang di dalam kapal terbang dengan target menghancurkan pesawat musuh. Antara yang terkenal adalah AIM-9 Sidewinder buatan Amerika Syarikat. Peluru berpandu jenis ini dapat mengesan musuh dengan menggunakan pengesan radar, inframerah atau laser.

6. Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal
Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal
Peluru berpandu anti-kereta kebal berperanan untuk menghancurkan kereta kebal atau kenderaan musuh yang berada di darat. Generasi pertama peluru berpandu jenis ini seperti AG-3 Sagger dikendalikan dengan menggunakan joystick.

7. Peluru Berpandu Anti-Balistik
Peluru Berpandu Anti-Balistik
Peluru berpandu anti-balistik adalah peluru berpandu dengan fungsi utama untuk menghancurkan peluru berpandu musuh. Peluru berpandu lawan peluru berpandu. Antara peluru berpandu jenis ini ialah MIM-104 Patriot buatan AS.

8. Peluru Berpandu Anti-Satelit
Peluru Berpandu Anti-Satelit
Peluru berpandu anti-satelit adalah untuk menghancurkan satelit musuh. Peluru berpandu jenis ini antara lain adalah Anti-satellite weapons (ASAT) yang dilancarkan dari pesawat. Ianya juga masih dalam tahap penyelidikan dan pembangunan.

9. Torpedo
Torpedo
Torpedo adalah peluru berpandu yang dilancarkan dari atas permukaan atau di bawah paras air yang kemudian meluncur di permukaan air. Ianya direka untuk meletup pada sasaran atau jarak tertentu dengan sistem kawalan yang telah ditetapkan. Torpedo boleh dilancarkan dari kapal, kapal selam, helikopter, pesawat mahupun dasar laut.

No comments:

Post a Comment